....

Wednesday, 28 November 2012

Bunga Raya Bunga Kebangsaan

Bunga raya (bunga kebangsaan), tahukah anda kenapa bunga raya dipilih sebagai bunga kebanggsaan negara kita ? Bukankah bunga-bunga lain masih banyak dan lebih cantik untuk dipilih ? Kenapa tidak dipilih bunga ros atau bunga matahari dan lain-lain lagi, kenapa ? Cuba anda berfikir sejenak…hmm..
Ini adalah jawapan mengapa bunga raya dijadikan sebagai bunga kebangsaan.. :-
---> Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300  spesis tumbuhan.Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.
Justeru itu, dengan penulisan ringkas ini harapan penulis adalah ingin memberi sedikit info yang bermanfaat kepada semua pengunjung blog saya ini supaya semangat cintakan negara terus kekal di dalam hati sanubari kita. Akhir kata..Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia…MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

Friday, 9 November 2012

Rukun Negara



KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Hari Kemerdekaan

Hari Kemerdekaan Pertama yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman 
Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 31 Ogos 1957.
                    Hari Kemerdekaan yang pertama kalinya dilaungkan.. Merdeka !!!

ANTARA GAMBAR HARI KEMERDEKAAN 1957-kini :-






Thursday, 8 November 2012

Jalur Gemilang (video+lirik)


JALUR GEMILANG

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti 
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua..

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya..

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat..

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan...Ketaatan...
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih... Biru kuning...
Jalur semangat kami semua.......

Berkibarlah !!!
Berkibarlah !!!
Berkibarlah !!!

Jalur Gemilang !!

Saya Anak Malaysia

SAYA ANAK MALAYSIA
                                                               
TERIMA KASIH MALAYSIA